Sejarah Kg. Gajah
Kampung Gajah
Kampung Gajah terletak di tepi tebing kanan Sungai Perak, Perak, Malaysia. Kampung Gajah terletak kira-kira 75 km di barat bandar Ipoh. Bandar Teluk Intan terletak di selatan Kampung Gajah, kira-kira 25 km. Jika anda dari Teluk Intan hendak ke Pulau Pangkor dan Lumut melalui jalan lama, anda akan temui Kampung Gajah.
Kampung Gajah merupakan sebuah pekan yang sedang membangun. Secara umum, penduduk Kampung Gajah berbangsaMelayu, tidak ada (atau kurang sekali) Cina danIndia seperti bandar-bandar yang lain. Orang Cina ramai di sini sebelum kedatangan JWW Birch dan selepas itu berpindah ke tepian Sungai Perak. Orang Cina berniaga kedai runcit, kedai emas, kedai membeli getah dan penoreh getah di sekitar Kampung Pasir Salak, Selat Pulau dan Kampung Cina di mukim Bandar. Tetapi setelah terjadinyaPerang Sabil di Sungai Manik, Perak dan sekitarnya, orang-orang Cina telah berhijrah ke tempat lain seperti ke Teluk Intan, Chui Chak,Langkap dan Setiawan. Di sepanjang Sungai Perak di Daerah Kampong Gajah ini terdapat kampung-kampung tua. Kewujudan kampung ini boleh dilihat sebagai petanda betapa pertempatan telah lama wujud di sini. Kewujudan kampung-kampung ini membuktikan bahawa daerah Kampung Gajah ini amat bersejarah di negeri Perak. Orang Melayu terdahulu amat mengutamakan perusahaan yang diwarisi, jika boleh, hingga kepada anak cucu. Tanaman durian yang diusahakan menjadi bukti usaha mesyarakat mapan untuk manfaat generasi masa kini. Sikap penduduk dahulu amat baik untuk diteladani. Gotong-royong, setiakawan, amanah, tekun, penyabar, sopan santun, dan pembersih: antara sifat baik yang menjadi amalan masyarakat di sini.
Ekonomi
Penduduknya bekerja dalam sektor pertanian: mengutip buah durian dan bersawah padi. Kelapa sawit banyak ditanam hasil kerjasama agensi kerajaan, Felcra. Terdapat juga sebuah kilang vendor Proton yang membekalkan kabel elektrik untuk kereta Proton.
Durian
Kampung Gajah sinonim dengan buah durian, banyak kebun-kebun yang ditanam dengan pokok durian. Pokok-pokok durian ini berusia puluhan malahan ratusan tahun. Antara nama durian yang popular ialah durian Tok Paduka Raja. Antara kampung-kampung yang amat popular dengan tanaman durian ialah Selat Pulau, Kepala Pulau,Pasir Salak dan Pulau Tiga.
Nama Kampung Gajah
Ramai orang luar yang keliru antara Kampung Gajah dengan Batu Gajah dan Alor Gajah. Alor Gajah terletak di negeri Melaka. Batu Gajah terletak di Perak juga.
Ada beberapa versi nama Kampung Gajah ini.
- Kampung Gajah ini mendapat nama kerana banyak gajah di hutan rimba berhampiran dengan Bukit Tunggal, Kampung Gajah. Gajah-gajah ini berkeliaran mencari makan dan makan pokok pisang, umbut kelapa dan buah ketior yang dipunyai penduduk kampung. Oleh itu kawasan ini dinamakan Kampung Gajah.
- Kampung Gajah mendapat nama dari kesan tapak kaki gajah yang banyak dilihat di tepi-tepi sungai dan di dalam sawah-sawah padi. Sebenarnya tapak kaki gajah itu adalah tapak kaki manusia iaitu manusia yang mendapat penyakit untut. Sesiapa yang mendapat penyakit untut, akan mendapati kaki dan tapak kaki menjadi besar dan menggerutu, ada bintil-bintil besar yang menjijikkan. Penyakit untut berpunca dari nyamuk elephantiatis yang banyak terdapat di hutan paya tropika. Jadi pasukan Siam yang hendak menyerang negeri Perak tidak jadi menyerang kerana takutkan banyaknya gajah di kawasan ini.
- Kampung Gajah mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Sang Kelembai ialah makhluk ghaibyang mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada d dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu. Dalam masyarakat orang Asli di Kampung Gajah, jika mereka hendak memburu binatang di dalam hutan, sesiapa yang melaluinya tidak boleh sekali-kali menegur atau menyapa. Jika menegur juga, orang Asli tersebut akan kembali semula ke rumah dengan tangan kosong kerana beranggapan hasil buruan tidak akan dapat. Malahan mungkin akan ditegur oleh Sang Kelembai dan menjadi batu.
- Nama Kampung Gajah pernah hendak ditukar dengan nama lain kerana perkataan ‘kampung’ tidak sesuai lagi. Hal ini timbul semasa DrMahathir bin Mohamad datang ke majlis Semarak peringkat negeri Perak pada tahun 1986. Namun begitu ramai yang membantah dan tidak ada nama yang sesuai. Sebelum itu nama Teluk Anson ditukar kepada Teluk Intan dan Port Weld ditukar kepada Kuala Sepetang.
Kampung/Kawasan
|
|
|
Budaya
Kampung Gajah dapat dikaitkan dengan beberapa budaya tradisional yang dikaitkan dengan budaya negeri Perak. Antaranya ialah :
- Tarian Dabus
- Hadrah dan Rebana.
- Barzanji
- Silat Sendeng
- Pulut Durian
- Rendang Tok
- Dodol durian
- Pulut durian
- Pajeri Nanas
Ada beberapa tokoh yang terkenal berasal dari Kampung Gajah. Daerah kecil Kampung Gajah ini merupakan tempat bersemayam beberapa orang sultan Perak, yang berasal dari sultan di Melaka.
- Megat Terawis dan Sambana
- Dato Maharaja Lela
- Dato Sagor
- Tan Sri Ramli Ngah Talib
- Tan Sri Megat Junid Megat Ayob
- Dato Ainon Khariyah Dato Mohd Abas
- Dr Mat Saat Baki
- Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid
- Shahrom Yub
- Profesor Dr Azimahtol Hawariah bt Lope Pihie , UKM
- Profesor Dr Zaidatul Akmaliah bt Lope Pihie , UPM
- Abdul Samad bin Lope Pihie , DBKL
- Dato Mahaguru Ibrahim Maohd Zain
Beberapa kawasan yang menarik di sini ialah :
- Kompleks Sejarah Pasir Salak
- Bukit Tunggal
- Pulau Indera Sakti
- Pulau Semarak
- Gelanggang Cup Prix
- Kubur JWW Birch di Bandar Baru
- Bengkel Labu Sayung di Pulau Tiga
Ada beberapa institusi pendidikan di sini iaitu :
- Pusat Latihan FELCRA Seberang Perak, Bandar Seberang Perak, 36800 Kampong Gajah
- Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah
- Sekolah Kebangsaan Selat Pulau, 36800 Kampung Gajah
- Sekolah Agama Sultan Azlan Shah, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seri Maharaja Lela
- Sekolah Kebangsaan Dato Sagor, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah
- Pusat latihan UiTM cawangan Kampung Gajah
- Kolej Komuniti Pasir Salak
- Maktab Rendah Sains Mara Kampung Gajah, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah
- Institut Bina Semangat, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah
- Yayasan Tekun Nasional, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah
